PERSEKOLAHAN SESI 2015 BERMULA
Seperti yang kita telah sedia maklum, sesi persekolahan tahun 2015 ditangguhkan lewat seminggu kerana beberapa buah negeri telah dilanda banjir yang besar. Jadi,tahun ini, persekolahan bermula pada 12 Januari 2015.
Namun begitu, persediaan awal untuk menyambut kedatangan murid-murid sesi 2015 tetap dirancang dengan rapi. Mesyuarat awal tahun telah dijalankan seawal 23 Disember 2015. Guru-guru yang berada jauh diperantauan kembali kesekolah untuk menjalankan tugas.
Tahun ini, sekolah telah kehilangan dua orang guru lelaki. En Joasmady bin Ngatijo, berpindah ke SK Petaseh sabagai GPK Kokurikulum, manakala En. Fakharudin bin Zakaria pula berpindah ke SK Pasoh 1. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua guru ini yang telah memberi sumbang bakti selama berkhidmat di sekolah ini. Kehilangan mereka telah diganti dengan kehadiran guru baru iaitu, En. Sudarma bin Shukri dari SK Undang Jelebu pula telah berpindah ke sini.
Pada tahun ini, seramai 11 orang murid tahun 1 telah mendaftar diri sebagai murid sesi 2015. Selamat datang diucapkan. Diharapkan murid-murid ini gembira berada di sekolah ini.
No comments:
Post a Comment